I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 3, 2009

btl ke ni?! leh caye x??

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.
  • Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kitadalam beberapa cara.
  • Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.
  • Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kita.
  • Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.
  • Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.
  • Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  • Kita seorang yang istimewa dan unik.
  • Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.
  • Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
  • Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.
  • Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun kita akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita; kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambilah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.

Walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..

No comments:

Post a Comment